FIBO TREND 1.0

Trend Reversal Zone & Trending


Jenis Candlestick

Sebelum memahami dan menggunakan Fibonacci yang disebut sebagai Fibo Trend, anda harus memahami konsep asas Candlestick dahulu.

Secara umumnya ada 2 jenis Candlestick iaitu Bull dan Bear:

  • Bull bermaksud Buyer dalam pasaran semasa dan membentuk uptrend
  • Bear bermaksud Seller dalam pasaran semasa dan membentuk downtrend

Secara teknikal:

  • Apabila close price lebih tinggi daripada open price itu adalah candlestick bull
  • Apabila close price lebih rendah daripada open price itu adalah candlestick bear



Support & Resistant Candlestick

Setiap price open, high, low, close merupakan garis-garis support & resistant. Ini bermaksud sebatang candlestick juga mempunyai support & resistant sendiri.

Support & Resistant yang diaplikasikan mesti ada pertembungan dengan bull dan bear atau buyer dan seller.

Apabila ada candlestick bull & bear bertembung, anda perlu tahu mana satu yang menang. Siapa yang menang akan menentukan trend tersebut.

Cara menentukannya: Candlestick semasa mesti close melepasi open candlestick sebelum.


Dari sinilah akan muncul konsep support & resistant:

  • Support ialah garisan horizontal yang ditandakan pada open price bull yang mematikan bear sebelum
  • Resistant ialah garisan horizontal yang ditandakan pada open price bear yang mematikan bull sebelum

Signal Trend

Signal Trend terbentuk apabila ada candlestick yang break/breakout/close daripada close price candlestick berlawanan.

Signal bermaksud arah, jadi anda mesti mencari arah trend dulu. Ini paling penting.

Dalam Trading Plan yang baik mempunyai beberapa ciri utama iaitu Trend, Entri, dan Exit.

Fibo hanya digunakan apabila sudah muncul arah atau Signal Trend daripada Breakout Candlestick dahulu.

Ada 2 jenis Trend Utama yang digunakan:

  1. Trend Reversal Zone (TRZ) - signal trend mula berakhir atau mula berubah
  2. Trend Confirmation & Continuation (TC)

Trend Reversal Zone (TRZ)

TRZ ialah dimana potensi tempat berlaku perubahan trend atau Trend Reversal.

High High Low Low (HHLL)

Untuk menentukan pergerakan reversal dengan kebarangkalian lebih tinggi, perlu memahami konsep High dan Low:

  • Low dikatakan Low apabila tiada price bear close lebih rendah daripada semasa
  • High dikira sebagai High terbaru apabila High sebelumnya telah dikalahkan dari segi price close bull paling tinggi


Cara Menentukan High/Low Valid

Caranya ialah lihat CS Hi @ Lo dimatikan oleh CS semasa tidak.

Contoh TRZ CS High: CS Bear Close pada price lebih rendah daripada price open bull sebelum.

Contoh TRZ CS Low: Bull mematikan Bear dengan cara price close di atas open price bear.






Trend Start (TS)

Sesudah kenalpasti TRZ CS berlaku, apa yang perlu dilihat seterusnya ialah apakah trend yang terbentuk akan bermula. Ini dinamakan sebagai Trend Start (TS).

Trend Start akan berlaku sebaik sahaja TRZ CS melakukan salah satu pergerakan berikut:

  1. TRZ CS Breakout
  2. TRZ CS Trend

TRZ CS Breakout

Apabila ada satu candlestick bear telah mematikan support sebelum (open bull mematikan bear sebelum semasa kenaikan), candlestick ini dinamakan CTS (Candlestick Trend Start).


TRZ CS Trend

Apabila berlaku lebih daripada 2 CS kemudian baru boleh mematikan TRZ CS Low, ini bermaksud Trend Start (TS) berlaku serta merta selepas itu, tanpa perlu tunggu untuk break support & resistant terdekat.



Fibo Trend

Berikut adalah setting Fibonacci yang digunakan dalam Fibo Trend:


Level Fibonacci yang digunakan:

  • 0 - Base EZ SL
  • 0.382 - EZ 3
  • 0.5 - EZ 2
  • 0.618 - EZ 1
  • 1 - TP1
  • 1.618 - TP2
  • 2.618 - TRZ 1
  • 4.236 - TRZ 2

Fibo TRZ CST

Fibo TRZ CST menggunakan konsep mother candle, baby candle. Ini bermaksud ada 2 atau lebih baby candle baru berlaku breakout body mother candle.

Cara menggunakan Fibo TRZ CST:

  1. Tarik daripada atas ke bawah
  2. Dari Close Candlestick Trend (CST Close Price) tarik hingga ke low paling rendah terdekat


Fibo TRZ CSB

Cara menggunakan Fibo TRZ CSB:

  1. Tarik daripada bawah ke atas (untuk TRZ CSB High)
  2. Tarik daripada close price CST hingga high TRZ CS atau sebelum paling high


Take Profit Ideal

  1. Take Profit pada TRZ CST adalah TP 1, TP 2 dan TRZ 1
  2. TRZ 1 biasanya tempat untuk price lakukan pullback/retracement sebelum meneruskan perjalanan
  3. TRZ 2 adalah tempat cycle fibo yang lengkap

Power Candlestick (PCS)

Power Candlestick bermaksud candlestick yang mempunyai kuasa semasa. Ia boleh berlaku pada cs bull atau cs bear.

Cara mengenali Power CS:

  • Lihat pada volume cs tersebut
  • Atau lihat jarak pips atau saiz panjang CS tersebut
  • Mana-mana panjang melebih 60 pips untuk CS H4 dan 100pips untuk CS D1 pada mana-mana major pairs


Cara Menggunakan Fibo PCS

  1. Anda mesti menggunakan body ke body
  2. Tarik dari close price CS ke open price CS

Entri di Fibo PCS

  1. Entri level pada Fibo PCS adalah pada EZ 1, EZ 2, EZ 3
  2. Lazimnya TP 1 adalah pilihan segera
  3. TP 2 dan TRZ 1 adalah hold position

Stop Loss di Fibo PCS

Stop Loss adalah 10pips jarak daripada high low Candlestick PCS.





Candlestick Trending

Candlestick Trending adalah apabila anda dapat lihat dengan mata kasar sahaja CS tersebut sedang uptrend atau downtrend.

Ia boleh berlaku dengan:

  • CS bull berterusan
  • CS bear berterusan
  • Diselang seli dengan majoriti bull bersama minor bear atau sebaliknya

Tiada syarat yang khusus, hanya cukup 2 CS berturut sudah cukup dikira trending.


Fibo CS Trending

Fibo CS Trending fokus pada retracement/pullback semasa trending uptrend @ downtrend.

Cara menggunakan:

  1. Ambil daripada cs reverse (candlestick berlawanan arah sebelum)
  2. Tunggu untuk entri level yang sudah ditetapkan iaitu di EZ 1, EZ 2, dan EZ 3
  3. Stop Loss 10 pips jarak daripada shadow high low open cs trending terawal



Penutup

Sekarang anda sudah jelas mengenai penggunaan Fibo Trend untuk TRZ dan juga semasa Trend sudah bergerak. 

Gunakanlah pengetahuan ini dengan konsisten kerana makin lama anda akan makin nampak apa sebenarnya yang boleh membantu anda lebih profitable dalam jangkamasa panjang.


0 comments:

Posting Komentar

feedads

 
Top
// On button click, activate the retrieved SHOW method, which will return a Promise with the ad display success result